Rabu, 8 Februari 2012

Delima Cerahkan Kulit



Ekstrak buah-buahan biasanya digunakan dalam industri kesihatan dan penjagaan kulit kerana buah-buahan kaya dengan vitamin. Sebagai contoh, buah delima yang ada digunakan dalam rawatan kosmetik kerana kaya dengan vitamin dan kandungan terapeutik.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa buah delima mengandungi bahan anti-oksidan (flavonoids) yang merangsang pengeluaran elastin dan kolagen sihat. Anti-oksidan diperlukan bagi meneutralkan dan melindungi sel kulit daripada kerosakan selular yang disebabkan oleh radikal bebas. Radikal bebas memusnahkan komponen selular penting yang menyebabkan sel kulit dihasilkan semula dan menyebabkan kulit nampak berusia dan kusam.

Buah delima mengandungi kandungan aktif yang merupakan agen pencerah kulit yang berkesan. Ia dapat mengenali bahagian yang berpigmentasi dan menghentikan komunikasi di antara sel bagi menghasilkan melanin.

Berbeza dengan agen pencerah yang lain seperti asid askorbik, buah delima mengurangkan jumlah DOPA-positif melanocytes di dalam epidermis kulit yang menghadapi radang ultra ungu (UV).

Buah delima juga mempunyai keupayaan bagi memperbaiki tahap kekeringan dan menjadikannya sebagai bahan aktif yang ideal bagi rawatan muka sama ada untuk tujuan mencerah, menyeri, melembap dan anti penuaan. 


Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan