Isnin, 22 Oktober 2012

Delima Ubati Sakit Mata


Menurut pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, pokok DELIMA dikatakan dapat digunakan merawat penyakit tertentu. Pokok itu yang dalam istilah botani dinamakan sebagai Punica Granatum dikatakan sesuai untuk merawat batuk biasa, melegakan sakit perut dan mencuci mata.
"Khasiat itu berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional," kata Tajuddin ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya, bagi merawat batuk beberapa biji buah delima yang muda dicuci terlebih dahulu sebelum dikisar sehingga lumat. Setelah itu tapiskan untuk dapatkn airnya sahaja. Minum air itu dan amalkannya untuk beberapa hari.

"Bunganya yang segar pula sesuai untuk melegakan sakit perut dengan cara merebuskannya sehingga mendidih. Tapiskan untuk dapat airnya. Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan," kata Tajuddin.

Air rebusan akar delima yang sudah dibersihkan pula boleh digunakan untuk mencuci mata yang sakit.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan